Thursday, May 19, 2011

25 petua dan tips bagi anak pandai berbahasa Inggeris

source: sxc hu
  1.  Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris semasa mereka dalam kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu
    dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris
    seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.
  2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik 'One Parent One Language'. Maknanya seorang kenalah
    bercakap bahasa Inggeris dan seorang lagi bercakap bahasa Malaysia sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua-dua bahasa, InsyaAllah.
  3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.
  4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban
    sedikit. Belajar balik bahasa Inggeris untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku-buku dan lain-lain
    sumber untuk mengajar.
  5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar atau imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk mengajar mereka.
  6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda di khalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
  7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
  8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.
  9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.
  10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
  11. Dapatkan sokongan suami atau isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada 'team effort'. Jangan buat sorang-sorang. Tak salah juga kalau minta bantuan ibu bapa
    atau mertua anda untuk sama-sama membantu. Kadang-kadang mereka ini lagi fasih dari kita.
  12. Kalau mampu hantar la ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau tidak ada 'budget' janganlah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.
  13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati. Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.
  14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber yang telah anda bayar. Pilih rancangan-rancangan di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder dan lain-lain. Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
  15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini 'moody', cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik-teknik pengajaran yang tidak membosankan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia orang boleh beri lebih tumpuan.
  16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Lepas tu tearngkanlah kepada mereka dan kemudian anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan
    kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.
  17. Kalau betul caranya, kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
  18. Jangan risau, anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula-mula saja dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
  19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bahasa Malaysia dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.
  20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul 'grammar' dia.
  21. Kalau anak anda sebut tak betul, betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.
  22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kadang-kadang kita ni tak sempurna, atau kadang-kadang benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.
  23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni supaya ada imej atau gambar. Senang sahaja nak buat. Belije kad2 untuk buat nota yang
    bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan 'Thesaurus' dan 'Dictionary'.
  24. Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang digunakan oleh sesetengah orang. Ini boleh membantu anda berfikir dalam bahasa Inggeris.
  25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris, apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat-tempat  yang sesuai seperti letak label 'fridge' di peti ais, 'kitchen' di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut. 
http://chedet.wordpress.com/2009/04/15/25-petua-dan-tips-nak-bagi-anak-pandai/

    No comments:

    Post a Comment